fbpx

PN tubuhkan Badan Perhubungan Negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMZAH ZAINUDDIN

PETALING JAYA – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional bagi menyelaraskan aktiviti parti di peringkat negeri.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu antara yang dimuktamadkan dalam satu mesyuarat diadakan semalam bagi mengukuhkan kedudukan Perikatan Nasional sebagai parti politik yang menerajui kerajaan hari ini.

“Dalam hal ini, Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang akan dilantik oleh Pengerusi Perikatan Nasional akan memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat Badan Perhubungan Negeri.

“Selain itu, Majlis Tertinggi turut bersetuju sebulat suara melantik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya parti,”katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Hamzah, Sayap Pemuda Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Ir. Khairil Nizam Khirudin juga diminta untuk merancakkan lagi aktiviti di peringkat akar umbi agar dapat merapatkan silaturahim antara ahli-ahli parti.

“Majlis Tertinggi percaya keputusan-keputusan ini bakal memantapkan lagi gerak kerja Perikatan Nasional di semua peringkat dan menambah baik koordinasi dalam kalangan parti-parti komponen Perikatan Nasional,” jelas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI