fbpx

Corak jalur jenama pakaian SriCandy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONSEP tradisional potongan baju kurung Kedah polkadot dikekalkan, namun perinciannya ditukar untuk menampilkan kelainan.

CORAK jalur menjadi identiti yang diketengahkan oleh jenama SriCandy sejak lima tahun lalu disamping motif-motif comel lain seperti polkadot dan kotak-kotak.

Ia menyerlahkan karakter comel, ranggi, segar dan ceria si pemakai yang ditambah lagi dengan warna-warna menarik.

Menurut pereka dan pemilik jenama SriCandy, Noranis Che Aziz, 35, dia akan memastikan baju-baju yang dihasilkannya praktikal, bergaya dan sesuai dipakai ke mana sahaja.

“Saya banyak mendapatkan inspirasi daripada trend semasa dan akan sentiasa menambah baik corak-corak tersebut.

“Bagi penghasilan corak, saya akan memastikan ia sesuai dengan kain yang mana kami menggunakan 90 peratus fabrik kapas kerana ia selesa dan tahan lama,” katanya yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

SriCandy berpegang kepada tiga prinsip utama iaitu selesa, praktikal dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.

Terang Noranis, kebanyakan koleksi jenama tersebut dihasilkan dalam potongan longgar bermula saiz S hingga XL.

Pun begitu, bagi pelanggan yang menginginkan saiz lebih besar, boleh membuat tempahan khas yang akan disiapkan dalam tempoh seminggu.

 

BLAUS lengan kembang loceng didatangkan dengan corak jalur melintang.

 

“Rekaan SriCandy sangat istimewa kerana ia boleh disuai padan dengan seluar atau skirt yang berlainan mengikut cita rasa masing-masing.

“Sasaran pasaran kami adalah untuk mereka yang berusia 25 hingga 45 tahun,” kata ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Antara koleksi yang mendapat permintaan tinggi ialah blaus lengan kembang loceng yang didatangkan dengan corak jalur melintang.

Ulas Noranis, blaus tersebut sentiasa mendapat permintaan pelanggan sejak dikeluarkan lima tahun lalu dan mengalami pelbagai revolusi corak serta warna.

“Blaus lengan kembang loceng ini didatangkan dalam dua pilihan iaitu potongan mengikut bentuk badan dan potongan kotak serta mempunyai lipatan di bahagian belakang.

“Saya juga menggunakan perincian zip dibahagian belakang yang merupakan identiti dalam kebanyakan koleksi di bawah jenama SriCandy,” tuturnya.

Selain itu, baju kurung Kedah juga merupakan koleksi popular yang dikeluarkan setiap tahun dan juga menjadi signatur pada hari raya.

Ia didatangkan dengan perincian dua poket di bahagian dada untuk kelihatan lebih stail.

Noranis memberitahu, baju tersebut mengekalkan potongan tradisional busana itu tetapi akan menukar perincian setiap tahun untuk menampilkan kelainan.

“Di samping itu, SriCandy juga terkenal dengan baju kurung Kedah polkadot yang merupakan rekaan terbaharu.

“Baju ini didatangkan dengan warna hitam putih dan mempunyai rekaan kolar Peterpan,” ujarnya,

Sementara itu, flamboyant skirt dan seluar eden culottes turut mencatatkan jualan tinggi.
Flamboyant skirt mempunyai potongan kembang di bahagian bawah yang didatangkan dengan pelbagai corak dan warna.

Seluar eden culottes pula direka labuh sehingga buku lali serta sedikit kembang dan terkini turut menggunakan fabrik denim lembut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI