fbpx

Tahun malang, Miley tiada masa untuk menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILEY CYRUS

PENYANYI Miley Cyrus telah berkongsi pengalamannya selepas bercerai dengan aktor, Liam Hemsworth serta beberapa perkara yang membuatkan hidupnya trauma.

Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, pelantun lagu Wrecking Ball itu memberitahu, tahun 2019 merupakan tahun dia ditimpa dengan pelbagai masalah.

“Selain perpisahan dengan Hemsworth aku juga kehilangan rumah dalam satu kebakaran di Malibu, California.

“Perkara itu membuatkan aku mengalami pelbagai jenis trauma dalam hidup,” ujar Cyrus.

Biarpun menyifatkan tahun 2019 sebagai tahun malang buat dirinya, penyanyi yang juga bergelar pelakon itu memberitahu bahawa dia tidak mempunyai masa untuk menangisi hal-hal tersebut.

Kata pelakon yang popular menerusi sitkom remaja Hanna Montana itu, dia bukannya cuba lari daripada masalah, tetapi berfikir secara positif kerana dengan menangis ia tidak akan mengubah perkara yang telah terjadi.

“Jadi aku akan memenuhi masa dengan melakukan banyak perkara dan terus aktif.

“Jika tidak aku pasti akan menjadi murung dan melakukan sesuatu tindakan bodoh,” ujarnya.

Malah, selebriti berusia 27 tahun itu juga berpegang pada prinsip jika satu pintu tertutup, maka pintu yang lainnya akan terbuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI