fbpx

Dua lelaki maut kereta rempuh tembok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh tembok batu dalam satu kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pagi tadi.

PETALING JAYA – Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh tembok pembahagi jalan sebelum terbalik di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di ibu negara pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi ketika kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai ‘call man’ sedang dalam perjalanan menghala ke Bulatan Batu Caves.

“Ketika melalui kawasan kejadian, kereta jenis Toyota Vios dipandu Choong Wai Kiat, 29, telah hilang kawalan selepas dipercayai dipandu laju lalu merempuh tembok batu pembahagi jalan di susur keluar ke Bulatan Batu Caves sebelum terbalik.

“Susulan kemalangan itu, Wai Kiat disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala manakala penumpang, How Kim Seong,25, maut akibat patah leher,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut ZUlkefly, mayat kedua-dua mangsa telah di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1 Akta Pengangkutan Jalan) 1987,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI