fbpx

Biden akan umum pasukan saintis tangani Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joe Biden bakal menerima suntikan vaksin Covid-19, minggu hadapan. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ‘dipilih ‘ Joe Biden semalam berjanji untuk menamakan satu kumpulan saintis penting untuk menyertai pasukan petugas koronavirus beliau.

Pengumuman itu dijangka dibuat esok pada ketika AS mencatat rekod kenaikan kes harian baharu Covid-19 sejak tiga hari berturut-turut.

Sepanjang tempoh tiga hari lalu, AS mencatat 122,075 kes baharu dalam tempoh 24 jam, menurut perangkaan Universiti Johns Hopkins semalam.

Angka kematian dalam tempoh itu ialah 991 dan menyebabkan jumlah kes mati akibat Covid-19 di AS naik kepada 237,016 orang.

“Isnin ini (esok), saya akan menamakan satu kumpulan diterajui saintis dan pakar-pakar sebagai penasihat transisi untuk membantu pelan

Biden-Harris serta mengubahnya menjadi rangka kerja sebenar yang akan bermula 20 Januari 2021,” kata Biden kepada penyokongnya.

AS merupakan negara paling teruk terjejas berhubung jumlah kes kematian dan jangkitan. Terdapat lebih 9.8 juta kes Covid-19 di AS. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI