fbpx

Berlian merah jambu bakal dilelong RM137 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang model memegang berlian The Spirit of the Rose semasa majlis pratonton acara lelongan oleh Sotheby’s di Geneva kelmarin. – AFP

GENEVA – Sebutir berlian merah jambu yang disifatkan sebagai batu permata yang sukar ditemui bakal dilelong di Geneva, Switzerland pada Rabu ini oleh rumah lelongan Sotheby’s.

Batu permata yang dinamakan sebagai The Spirit of the Rose itu dikatakan mampu meraih harga jualan antara AS$23 juta (RM95 juta) dan AS$38 juta (RM137 juta).

Berlian yang dinamakan sempena seorang penari balet ter­kenal Rusia adalah seberat 14.83 karat. Ia merupakan berlian yang paling besar muncul untuk lelong­an bagi kategori berlian fancy vivid purple-pink.

Berlian itu ditemui oleh syarikat pelombongan dan pengeluar berlian, Alrosa di Republik Sakha di Rusia pada Julai 2017.

“Penemuan berlian merah jambu jarang berlaku dalam apa jua saiz,” kata Ketua Jabatan Barang Kemas Sotheby’s, Gary Schuler dalam satu kenyataan.

Beliau menyatakan hanya satu peratus daripada semua berlian merah jambu mempunyai ukuran berat lebih 10 karat

Ketua Lelongan Barang Kemas Sotheby’s Geneva, Benoit Repellin pula menyatakan berlian merah jambu itu berbentuk bujur dan mengambil masa selama satu tahun untuk diproses daripada bentuk asal.

Rekod dunia jualan permata paling mahal ialah CTF Pink Star, sebutir berlian merah jambu 59.60 karat, berbentuk bujur yang dijual pada harga AS$71.2 juta (RM294 juta) di Hong Kong pada 2017. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI