fbpx

Aura Lionel Messi dalam diri Ayra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PANDAI membawa diri dan tidak mudah termakan dengan aura negatif adalah antara rukun kejayaan bagi si gadis berkulit putih gading, Nur Shakirah Shah Kirit, 23, yang kini kian menyinar dalam dunia peragaan.

Lebih dikenali sebagai Ayra atau @Ayramessi, karier anak kelahiran Kuala Lumpur ini sebagai model terhasil atas keberaniannya mengambil peluang se­awal di bangku persekolahan.
Ayra kini menjadi antara muka-muka komersial yang menghiasi iklan atau peragaan jenama-jenama terkenal termasuk Honda, Huawei, La Mer, Rico Rinaldi, Jovian Mandagie dan Fa­shionValet.

Ikuti temu bual Kosmo! Ahad bersama gadis jelita ini.

Kosmo! Ahad: Bagaimana boleh terlibat dalam dunia peragaan?
Ayra: Sejak 2014 iaitu ketika berada di tingkatan empat dengan menjadi model pa­kaian dan produk penja­gaan kulit.

Antara jenama yang pernah bekerjasama?
Honda, Huawei, La Mer, Rico Rinaldi, Jovian Mandagie dan FashionValet.

Apakah cabaran yang dihadapi?
Selain pengikut Instagram yang sentiasa memberi kata-kata positif, saya juga kerap menerima mesej kecaman.

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada setiap model?
Selalu merendah diri dan menghormati orang lain. Jangan sombong dan bersyukur.

Meminati sikap kekeluargaan dalam pasukan Bacelona membuatkan Ayra suka pada watak penyerangnya, Lionel Messi.

Pernah merasa kecewa dalam kerjaya?
Rasa terduduk dan mahu berhenti apabila menerima kritikan tajam daripada orang sekeliling.

Apa pencapaian atau perkara yang dibanggakan dalam kerjaya?
Saya dikenali selepas terlibat dalam klip video Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi. Ketika itu rasa sangat gemuruh apabila Sufian sendiri tawarkan watak utama kepada saya.

Ada terima apa-apa tawaran untuk berlakon?
Pernah tetapi perlu ditolak kerana ingin menumpukan kepada pembelajaran di Universiti Kuala Lumpur di Kampong Baru.

Rahsia kekalkan tubuh badan dan kulit sihat?
Saya amalkan pemakanan kurang gula dan bersihkan solekan secara berganda (double cleansing).

Selain sebagai model, apakah bakat lain?
Saya suka membuat kek dan biskut.

Kenapa suka kelab bola sepak Barcelona?
Saya peminat Lionel Messi sejak 2007. Mereka seperti sebuah keluarga besar dan bukannya pasukan semata-mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI