fbpx

20 tahun jejak waris, hasilkan buku Biografi Nordin Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hidir (kanan) menunjukkan buku Permata Seni Terbilang Nordin Ahmad di sini hari ini.

 

SHAH ALAM – Seorang penulis di sini mengambil masa selama 20 tahun dalam menjejak waris dan menghasilkan buku berkaitan seniman tersohor era 1960-an, Allahyarham Nordin Ahmad.

Buku bertajuk Permata Seni Terbilang Nordin Ahmad tersebut merupakan karya Hidir Ali Razali,37, diterbitkan Sinefilia Books dengan mempunyai ketebalan 215 muka surat yang berharga RM120.

Menurut Hidir, dia yang merupakan peminat tegar pelakon filem Semerah Padi itu memulakan rancangan menerbitkan buku tersebut pada tahun 1998.

Katanya, pelbagai maklumat dikumpul menerusi hasil pembcaaan, rujukan di perpustakaan dan muzium bagi menghasilkan karya perjalanan hidup Allahyarham Nordin.

“Saya juga telah ke Singapura bagi menemubual isteri arwah, Salmah Ibrahim dan anak-anak mereka.

“Selain itu, maklumat terus diselidiki daripada abang kepada seniman itu, Sidik Ahmad di Pulau Pinang serta rakan-rakan artis yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Nordin,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Bercerita lanjut, Hidir menjelaskan buku itu bukan sekadar coretan perjalanan hidup Allahyarham Nordin yang turut pernah membintangi filem Seri Mersing itu malah mampu dijadikan contoh kepada pelakon muda untuk mempertingkatkan mutu lakonan mereka.

Ujarnya, sepatutnya pelancaran itu dijadualkan hujung Mac lalu namun ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya turut terharu apabila ibu, Hamidah Latif tidak sempat melihat pelancaran buku tersebut kerana meninggal dunia baru-baru ini.

“Jelasnya, kesemua peristiwa yang berlaku sememangnya menguji kesabaran dirinya dalam meneruskan penerbitan buku biografi pelakon lagenda tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Hidir berkata, pesanan buku tersebut boleh dilakukan dengan menghubungi beliau di talian 0162034431 atau emel [email protected]. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI