fbpx

Harimau Kumbang masih hormati Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANZOOR sedar bahawa pasukannya tidak boleh mengambil mudah cabaran Felda United pada aksi malam ini.

MESKIPUN berdepan Felda United yang dihimpit pelbagai masalah dalaman pada sai­ngan kalah mati Piala Malaysia di Stadium Bandaraya malam ini, namun ketua jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira enggan mendabik dada.

Sebaliknya, bekas pemain Perlis itu menegaskan, skuad kendaliannya tetap menghormati serta berwaspada dengan ancaman yang mampu diberikan skuad kendalian Nidzam Jamil ber­kenaan.

Manzoor berkata, pemain-pemain Felda pastinya akan menampilkan aksi terbaik pada pertemuan itu nanti bagi membuktikan kemampuan untuk menarik perhatian pasukan lain menjelang saingan musim depan.

“Berhubung masalah dalaman Felda, bagi saya ia hanya melibatkan pihak pengurusan dan tidak ada kena mengena dengan prestasi pemain-pemain di atas padang.

“Pemain-pemain Felda sudah pasti mahu buktikan sesuatu kerana ini peluang mereka mempamerkan bakat dalam usaha mencari pasukan baharu musim depan,” tegas pengendali berusia 44 tahun itu.

Justeru, Manzoor memberi amaran kepada barisan pemainnya supaya tidak terlalu selesa meskipun bakal turun selaku juara saingan Liga Premier musim ini.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan, penyerang import dari Brazil, Casagrande sedia untuk diturunkan malam ini meskipun dikatakan belum cergas sepenuhnya.

“Buat para pemain, jangan lagi terbuai dengan kejuaraan Liga Premier kerana saingan Piala Malaysia berbeza dan lebih sukar,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI