fbpx

Belanjawan 2021: Pembiayaan khas perkasa usahawan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan akan menyediakan RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas bagi memperkasa usahawan wanita di negara ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembiayaan itu disediakan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan AgroBank.

“Selain itu sebanyak RM50 juta juga disediakan di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita.

“Program bimbingan terutama aspek pembungkusan dan pelabelan, strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan juga akan diberikan kepada lebih 2,000 usahawan wanita melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizMe),” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga akan menyediakan program khusus untuk kontraktor wanita Bumiputera bagi meningkatkan pembabitan mereka dalam kontrak kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI