fbpx

Belanjawan 2021 beri kesan menyeluruh kepada semua golongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2021 dilihat bakal memberi kesan menyeluruh kepada semua golongan bersesuaian dengan keutamaan semasa demi kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan juga ketahanan ekonomi.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, unjuran defisit sebanyak 5.4 peratus berbanding KDNK untuk Belanjawan 2021 adalah lebih rendah berbanding unjuran defisit enam peratus untuk 2020.

“Kadar tersebut juga masih berada di bawah kadar defisit tertinggi 6.4 peratus  pada tahun 2009,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Abdul Wahid menjelaskan, selain peningkatan siling Kumpulan Wang COVID-19, terdapat banyak langkah yang diambil untuk melindungi kesihatan awam.

Menurutnya, banyak manfaat diberikan terus kepada rakyat, antaranya ialah  pengenalan Bantuan Prihatin Rakyat sehingga RM1,800 untuk isu rumah berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan, pengurangan cukai 1 peratus bagi julat pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 dan pengurangan caruman KWSP pekerja daripada 11 peratus kepada sembilan peratus.

Tambah beliau, agenda kelestarian juga tidak dipinggirkan, malah  pelarasan Belanjawan 2021 dengan turut memberi penekanan terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 amat bertepatan. 

Jelasnya, ini  termasuklah komitmen mewujudkan Hab Kewangan Lestari dan meletakkan Malaysia sebagai hab serantau untuk gaya hidup lestari.

“Penerbitan Bon Kelestarian untuk pembiayaan projek mesra alam sekitar dan sosial pada 2021 amat dinantikan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI