fbpx

Rasuah berlaku kerana kurangnya penguatkuasaan – Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMZAH ZAINUDDIN

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyedari rasuah yang berlaku dalam kalangan anggota penguatkuasa disebabkan oleh kurangnya aktiviti penguatkuasaan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ruang yang wujud itu boleh menyebabkan unsur-unsur rasuah berlaku.

“Saya melihat sudut advokasi penting bagi memberi pendidikan kepada anggota penguatkuasa mengenai rasuah secara menyeluruh,” katanya pada program wawancara khas secara dalam talian sempena pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi KDN, hari ini.

Katanya, setiap anggota penguatkuasa perlu menerapkan soal pematuhan dalam diri bagi mengelak diri terjebak dalam aktiviti rasuah.

Pada masa sama, katanya, beliau memuji usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat berjaya membanteras rasuah di negara ini.

“Terima kasih, SPRM telah melakukan tindakan paling baik dalam waktu ini. Bukan hanya penguatkuasaan, tetapi risikannya juga sangat baik,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Pelan Anti Rasuah Organisasi KDN, Hamzah berkata, buku berkenaan diharap dapat memberi peringatan kepada semua pihak.

“Sekurang-kurangnya apabila ada di atas meja, ia memberi peringatan kepada kita,” katanya.

Buku Pelan Anti Rasuah KDN 2020-2024 yang dilancarkan itu mempunyai 33 inisiatif untuk mencegah amalan rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan dalam kementerian itu.

Ia merangkumi empat bidang keutamaan iaitu tadbir urus kementerian, pentadbiran sektor awam, perolehan kementerian dan penguatkuasaan undang-undang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI