fbpx

Sindiket seleweng minyak masak tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Kegiatan sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi di sebuah stor haram sejak enam bulan lalu terbongkar dalam serbuan Ops Goreng di Telok Panglima Garang hari ini.

Dalam serbuan pukul 11 pagi turut menahan dua lelaki termasuk warga Bangladesh berusia 35 dan 45 tahun oleh sepasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, kejayaan itu hasil risikan selama dua minggu terhadap sindiket tersebut.

Katanya, ketika serbuan didapati kedua- dua suspek termasuk seorang pemandu lori sedang leka memunggah naik minyak masak bersubsidi di dalam tangki berkapasiti 1,000 kilogram (kg) ke atas sebuah lori bagi dihantar ke sebuah syarikat di Puchong di sini.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui sebuah lori treler yang mempunyai
muatan minyak masak bersubsidi berjumlah 3,000kg dan tangki berisi minyak masak bersubsidi berjumlah 12,000kg

“Selain itu, peralatan untuk aktiviti memotong dan mengasingkan minyak masak bersubsidi paket 1kg seperti pisau, gunting, saluran paip, mesin pam, basin besar dan corong plastik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitah, pihaknya turut merampas 5,000 keping sisa plastik minyak masak bersubsidi 1kg dan alat timbang bagi menyukat kuantiti minta masak.

Kata Iskandar, bukti penting yang dijumpai adalah dokumen penghantaran minyak masak bersubsidi 1kg paket dari pembekal minyak masak yang berlesen sekitar Selangor.

“Kesemua minyak masak itu akan dihantar ke sebuah syarikat lain yang disyaki menjadi pihak ketiga sebelum di eksport ke luar negara bagi mengaut keuntungan berlipat ganda,” jelasnya.

Mengulas lanjut, nilai keseluruhan rampasan termasuk minyak masak bersubsidi berjumlah RM 240,470.

“Kes akan disiasat di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI