fbpx

Lima identiti mangsa dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Identiti kesemua mangsa yang rentung termasuk empat sekeluarga dalam kebakaran di Lorong Mokhtar Kampung Delek Kanan di sini telah dikenalpasti pihak berkuasa.

KLANG – Identiti kesemua mangsa yang rentung termasuk empat sekeluarga dalam kebakaran di Lorong Mokhtar Kampung Delek Kanan di sini telah dikenal pasti pihak berkuasa.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mereka terdiri daripada Ubaidilah Ayob,48 yang merupakan warga Kemboja.

Katanya, empat sekeluarga pula adalah Fauzi Daut, 44, dan isterinya warga Kemboja, Sarimah Yusuf, 37, kakak Fauzi, Fauziah, 50, dan anak saudaranya, Mohd. Amirudin Ali, 12.

“Empat daripada mereka ditemukan di dalam bilik air sementara kanak-kanak tersebut dijumpai di luar bilik air.

“Kita percaya mereka bersembunyi di bilik air dengan harapan lokasi itu boleh menyelamatkan mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati bilik air menjadi pilihan terakhir berikutan panik tidak dapat keluar daripada laluan pintu dapur rumah kerana telah terkunci. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI