fbpx

Kerajaan kaji pengeluaran Akaun 1 KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA- Kerajaan sedang mengkaji saranan bagi membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara itu dan secara dasarnya telah mempersetujuinya.

“Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan bagi mengeluarkan peruntukan daripada Akaun 1,” katanya menerusi satu temu bual menjelang pembentangan Belanjawan 2021 di Putrajaya hari ini.

Belanjawan yang akan dibentangkan pada Jumaat ini merupakan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.

Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung pengeluaran KWSP termasuklah membenarkan caruman pekerja dikurangkan kepada 7 peratus daripada 11 peratus.

Selain itu, kerajaan turut melaksanakan program pengeluaran menerusi i-Lestari di mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI