fbpx

Belanjawan 2021 bakal tangani masalah pasaran gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Advokasi Jenama Runcit dan Perdaga­ngan (RTBA), sebuah organisasi antarabangsa bukan kerajaan, mengalu-alukan sokongan dan komitmen kerajaan Malaysia untuk membanteras ekonomi gelap atau pasaran gelap yang berleluasa sebelum ini.

Ini dapat dilihat daripada cadangan yang bakal dikemukakan dalam pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat ini, yang mahu mengoptimumkan struktur cukai semasa bagi mengurangkan ketirisan.

Pengarah Urusan RTBA, Health Michael berkata, Malaysia kini menanggung beban daripada pelbagai insiden yang berkaitan dengan rokok seludup sehingga menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit daripada segi hasil setiap tahun.

“Rokok seludup kini mewa­kili 65 peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran di Malaysia dan terdapat petunjuk ia akan meningkat lagi.

“Kerajaan Malaysia melakukan perkara yang betul dengan mengisytiharkan komitmen untuk menangani segmen yang besar dan tidak henti-henti di dalam pasaran gelap ini.

“Bagaimanapun, di dalam pasaran yang mana majoriti penguasaan produk adalah tidak sah, ia memerlukan langkah yang menyeluruh dan dilaksanakan serentak bagi mencapai kejayaan yang bermakna,” katanya dalam kenya­taan di sini semalam

RTBA mencadangkan penyelesaian teras bagi menangani rokok seludup secara berkesan iaitu dengan mengkaji semula dan mengubah struktur cukai sedia ada untuk merapatkan jurang harga antara produk sah dengan seludup.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI