SINGAPURA – Seorang lelaki warga Malaysia ditahan kerana cuba menyeludup beberapa jenis dadah bernilai lebih SG$173,000 (RM572,000) ke Singapura, lapor portal berita Mothership semalam.
Suspek yang berusia 30 tahun, diberkas selepas menjalani pemeriksaan ketat di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 14 Jun lalu.
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengarahkan kereta bernombor pendaftaran Malaysia yang dipandu suspek untuk berhenti sebelum menemui satu bungkusan mencurigakan di dalam ruang simpanan papan pemuka.
“Pegawai Bro Narkotik Pusat (CNB) segera dimaklumkan mengenai penemuan itu. Pemeriksaan lanjut menemukan dua lagi bungkusan di lokasi sama dalam kenderaan terbabit.
“Bungkusan-bungkusan itu mengandungi 1,402 gram heroin, 495 gram ganja dan 115 gram syabu,” katanya.
Siasatan masih giat dijalankan. – AGENSI