fbpx

Bekalan darah Sabah mampu bertahan dua minggu sahaja – Masidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Simpanan bekalan darah Sabah ketika ini hanya mampu bertahan bagi tempoh dua minggu sahaja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memaklumkan setakat ini hanya terdapat 1,350 unit beg bekalan darah yang terdapat dalam simpanan negeri.

“Penggunaan beg darah untuk sehari di seluruh negeri ialah sekitar 220 unit manakala bilang pendermaan darah harian waktu ini hanyalah sekitar 150 unit.

“Hal ini menunjukkan penggunaan jumlah beg yang dicatatkan setiap harian lebih banyak berbanding pendermaan darah.

“Jika situasi ini masih berterusan, simpanan darah Sabah yang sedia ada hanya mampu bertahan bagi tempoh dua minggu sahaja,” katanya pada sidang akhbar Perkembangan Semasa Covid-19 Sabah sebentar tadi.

Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata demikian sewaktu menjawab pertanyaan media berkaitan situasi kritikal bekalan darah di Sabah.

Mengulas lanjut mengenai situasi itu, beliau menyatakan bekalan darah yang berterusan amat penting dan diperlukan bagi memastikan kesinambungan rawatan pesakit-pesakit membabitkan kemalangan, Thalassemia dan ibu bersalin.

“Kita merayu kepada masyarakat atau semua penderma darah agar boleh tampil menderma darah di hospital yang berhampiran,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI