fbpx

SOP majlis nikah tunggu diperkenan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kerajaan sedang menunggu persetujuan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung prosedur operasi standard (SOP) untuk majlis nikah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, SOP berhubung majlis nikah itu telah diluluskan di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kini dalam proses menunggu perkenan Al-Sultan Abdullah.

“Menteri Agama ada bentangkan SOP untuk majlis nikah kerana ramai yang meminta.

“Setelah bermesyuarat, kita telah bersetuju untuk adakan majlis tersebut mengikut SOP yang ditetapkan, tetapi belum diumumkan lagi kerana segala perihal agama perlu mendapat kelulusan Agong,” katanya menerusi satu sidang akhbar Facebook Live Kementerian Pertahanan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI