fbpx

Lelaki curi figura adiwira dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkhairi menunjukkan figura adiwira yang dirampas dalam sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri di sini hari ini. - Foto oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

ISKANDAR PUTERI – Seorang peniaga barang mainan tidak menyangka aktiviti bidaan figura adiwira di media sosial menyebabkan kedainya di Taman Nusa Indah, di sini menjadi sasaran pencuri hingga mengalami kerugian kira-kira RM6,000, dalam kejadian Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, menerusi aktiviti bidaan itu, suspek mendapat tahu kedai berkenaan mempunyai banyak figura yang berharga.

Beliau berkata, kejadian itu disedari peniaga tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika dia baru sampai ke kedai mendapati kunci mangga ‘roller shutter’ kedai sudah tiada serta pelbagai barang jualan di dalam kedai lesap.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dalam satu serbuan kira-kira pukul 9 malam di kawasan Bestari Walk, Taman Nusa Bestari, di sini Jumaat lalu.

“Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas pelbagai barang rampasan figura adiwara yang dianggarkan mencecah nilai RM300 bagi setiap satu figura,” katanya pada sidang akhbar di IPK Iskandar Puteri di sini hari ini.

Antara figura yang dicuri suspek ialah karektor dari komik terkenal Jepun iaitu One Piece dan Dragon Ball.

Dzulkhairi berkata, siasatan awal mendapati suspek adalah seorang penganggur dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI