fbpx

Soyeon enggan bersaing, lepaskan Miss Back

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOYEON

HANYA sempat muncul dalam empat episod, peyanyi Soyeon mengumumkan pengundurannya daripada program Miss Back.

Program terbitan stesen MBN berkenaan merupakan gabungan konsep dokumentari dan hiburan serta mengangkat kisah penyanyi wanita yang dilupakan.

Selain Soyeon, enam penyanyi lain turut menyertai program tersebut termasuklah, Gayoung (Stellar), Nada (Wassup), Raina (After School), Sera (9MUSES), Soyul (Crayon Pop), Subin (Dal Shabet) dan Jung Yujin (The Ark).

Menerusi episod yang ditayangkan pada 29 Oktober lalu, Soyeon tiba-tiba membuat pengumuman mengejutkan apabila menarik diri daripada program tersebut.

“Ketika hari pertama penggambaran, saya sangat gembira kerana dapat bertemu kembali dengan semua rakan penyanyi yang terlibat.

“Saya ada banyak kisah duka untuk dikongsi, tetapi sebenarnya mereka lebih banyak melalui pengalaman getir yang saya tidak akan pernah terfikir.

“Dari situ saya sedar mereka sedang bergelut dengan kehidupan. Jadi saya ambil keputusan untuk mengundurkan diri dan enggan bersaing dengan mereka,” jelas penyanyi kumpulan T-ara tentang alasan pengundurannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI