fbpx

Saingan MotoGP pada GP Portugal berdepan risiko batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN MotoGP di Litar Antarabangsa Algarve kemungkinan akan dibatalkan ekoran kebimbangan penularan kes Covid-19 di Portugal.

LISBON – Kementerian Kesihatan Portugal mengesahkan Grand Prix (GP) Portugal yang sepatutnya diadakan pada 22 November ini sebagai aksi penutup tirai Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini mungkin terpaksa dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

Sebagai rekod, GP Portugal di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao itu sepatutnya menjadi kemunculan pertama Portugal sebagai tuan rumah selepas kali terakhir menganjurkan perlumbaan MotoGP di litar tersebut pada edisi 2012.

Bagaimanapun, peningkatan kes penularan Covid-19 yang mendadak di Eropah sejak kebelakangan ini menyebabkan pihak kerajaan Portugal akan mempertimbangkan semula status penganjuran saingan MotoGP di negara berkenaan.

“Kes Covid-19 telah menunjukkan peningkatan mendadak sejak kebelakangan ini. Ia mungkin boleh memberi kata dua buat kerajaan untuk memutuskan penganjuran MotoGP selaku tuan rumah,” menurut kenyataan Setiausaha Kesihatan Portugal, Diogo Serras Lopez.

Sementara itu, Perdana Menteri Portugal, Antonio Costa me­ngakui, keputusan kerajaan untuk membenarkan 27,000 penyokong menghadiri perlumbaan Formula Satu (F1) minggu lalu adalah satu keputusan yang salah.

Katanya, buat masa ini pihak kerajaan memutuskan penganjuran MotoGP diadakan secara tertutup tanpa kehadiran penonton selepas kegagalan mereka melakukan penjarakan fizikal yang baik pada perlumbaan F1 minggu lalu.

“Apa yang berlaku pada GP F1 baru-baru ini tidak boleh diulangi. Buat masa ini, kami sudah berbincang dengan penganjur MotoGP bahawa perlumbaan yang akan diadakan di sini tidak boleh dihadiri penyokong,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI