fbpx

Maszlee tarik diri daripada parti Pejuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Maszlee Malik

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik mengumumkan penarikan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Katanya, tindakan tersebut diambil kerana ingin menumpukan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak Covid-19 di negara ini khususnya di Simpang Renggam.

“Usaha dalam gerakan perubahan pendidikan akan diteruskan melalui kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Bebas serta menerusi ruang aktivitisme dan kerja-kerja kemanusiaan di bawah rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama rakan-rakan aktivis lain.

“Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan tetapi keinginan dan kesempatan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitternya di sini hari ini.

Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan kehendak rakyat.

“Saya yakin, rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis.

“Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI