fbpx

Lokman Adam ditahan ketika bersiaran langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar siaran langsung di laman Facebook beliau sebelum ditahan polis malam tadi.

PETALING JAYA- Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam ditahan polis malam tadi ketika sedang bersiaran langsung melalui laman Facebook beliau berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pukul 11 malam.

Menerusi video siaran langsung bertajuk ‘Setiap MP bakal disogok RM3 juta peruntukan jika Bajet 2021 diluluskan? Biar Betul?’ beliau sempat memaklumkan didatangani pegawai polis pada minit ke 27 sebelum menamatkan siaran itu.

Katanya, pihak polis memberi masa untuk beliau menghabiskan siaran langsung itu.

Dalam satu hantaran lain, beliau turut memohon bantuan peguam.

“Mohon hantar peguam ke USJT (Unit Siasatan Jenayah Terkelas) Bukit Aman.

“Saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI