fbpx
Isteri Addy Kana yang dikenali sebagai Alyaa (baju putih) turut hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini

Datuk Addy Kana, 2 polis kekal dalam tahan reman POCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki yang merupakan seorang berpangkat Datuk dan dua anggota polis dipercayai terlibat dalam judi online kekal dalam tahanan reman Akta Pencegahan Jenayah POCA 1959 selama 38 hari bermula 30 Oktober sehingga 6 Disember ini oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas menolak permohonan yang dikemukakan ketiga-tiga pemohon iaitu Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai  Datuk Addy Kana serta dua anggota polis berpangkat Koperal iaitu Muhamad Amin Nur Rashid Mohamed Puad dan Mohd. Hairy Mohammad.

Terdahulu Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili pemohon berhujah bahawa perintah tahanan reman bertarikh 14 Oktober lalu yang membenarkan reman selama 21 hari dibawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah adalah tidak sah, tidak berasas, tidak mematuhi prosedur dan bersifat male fide (berniat jahat).

“Perintah penangkapan dan penahanan pemohon adalah jatuh di luar ruang lingkup atau skop Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan tidak terpakai kepada pemohon,” katanya.

Selain Sri Ram peguam lain yang mewakili ketiga-tiga pemohon ialah Gobind Singh Deo, Shah Rizal Abdul Manan dan Jacky Loi Yap Long.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti yang mewakili responden iaitu Asisten Superitendan Khairul Rairoz Rodzuan, Majistret Mahkamah, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia berhujah Mahkamah Majistret mempunyai kuasa untuk melanjutkan reman terhadap ketiga-tiga pemohon.

“Kesemua keperluan prosedur untuk tahanan dibawah POCA telah dipatuhi,” katanya.

Turut hadir dalam prosiding itu isteri Addy Kana dikenali sebagai  Datin Alyaa. -K! ONLINE

 

POPULAR