fbpx

834 kes baharu, dua kematian direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes positif Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 834 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif di seluruh negara sebanyak 33,339 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 831 kes adalah penularan tempatan manakala, tiga kes import membabitkan seorang warga Malaysia dan dua warga asing yang tiba dari Amerika Syarikat, India dan Indonesia.

Menurutnya, terdapat pertambahan dua kematian hari ini melibatkan seorang lelaki berusia 88 tahun dan wanita berusia 75 tahun di Sabah menjadikan sebanyak 251 kes kematian sehingga kini.

“Selain itu, lima kluster baharu dikesan hari ini iaitu Kluster PTS Tawau, Kluster Tenaga, Kluster Gedong, Kluster Wisma Saberkas dan Kluster Seridana.

“Dalam masa sama, sebanyak 900 kes pulih Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 23,120 kes pulih di seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, sebanyak 91 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI