fbpx

Remaja perempuan ditemui mati dipercayai disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang melakukan siasatan di rumah Siti Nur Suraya di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang remaja berusia 19 tahun ditemui mati berlumuran darah dipercayai menjadi mangsa samun di Kampung Lubuk Batu, Telemong di sini hari ini.

Mayat Siti Suria Ismail, 19, ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan pergelangan tangan kirinya putus oleh adik bongsunya, Diana Syuhada, 15, pada kira-kira pukul 2.30 petang.

Abang mangsa, Mohd Zaid Asroi, 28, berkata, pada mulanya, Diana Syuhada pelik kakaknya tidak mengambilnya pulang dari sekolah seperti kebiasaan.

“Dia kemudiannya berjalan kaki balik ke rumah yang terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah.

“Sebaik tiba, adik bongsu saya nampak mayat Siti Nur Suria tertiarap di ruang tamu berhampiran katil ibunya, Zaini Musa, 55, yang terlantar akibat barah otak sejak tiga bulan lalu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI