fbpx

Terengganu anjur program kecergasan secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Terengganu bercadang untuk menganjurkan program kecergasan secara online menjelang awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program itu merupakan inisiatif untuk terus menggalakkan rakyat negeri tersebut bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat di sebalik kekangan penularan pandemik Covid-19.

“Terengganu mahu perintis gaya sukan norma baharu dengan melaksanakan program kecergasan secara online yang julung kali bakal diadakan di negara ini.

“Saya harap ia mendapat sokongan kerajaan Persekutuan mahu pun negeri menerusi kelulusan peruntukan dalam pembentangan bajet yang akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Wan Sukairi berharap peruntukan terhadap sektor sukan dalam pembentangan Bajet 2021 pada 6 November tidak terjejas ekoran penularan pandemik Covid-19.

Ujar beliau, sektor sukan tidak wajar disisihkan kerajaan demi membentuk masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kita tahu dalam situasi semasa, antara yang terkesan adalah industri sukan namun bagi menjayakan perancangan jangka panjang, pembangunan akar umbi perlu diteruskan.

“Harapnya semua permohonan untuk terus mengaktifkan pembangunan sukan di semua peringkat akan diberi lampu hijau,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI