fbpx

Netizen desak Irene disingkirkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RED VELVET

SUSULAN kontroversi panas membabitkan Irene yang mengaku bersikap biadab terhadap seorang editor senior, pengguna media sosial mula membayangkan perancangan dan hala tuju Red Velvet selepas ini.

Rata-rata netizen mula memuat naik gambar empat ahli Red Velvet iaitu Joy, Seulgi, Yeri dan Wendy tanpa kelibat Irene dalam media sosial.

Mereka beralasan, peminat sudah tidak mahu melihat Red Velvet berdepan dengan sebarang masalah gara-gara terhimpit isu panas membabitkan salah seorang ahlinya, Irene.

“Kami tidak mahu kehilangan Red Velvet. Daripada membiarkan hal ini terus berlaku, lebih baik lepaskan Irene pergi,” tulis seorang peminat.

Bagaimanapun, ramai peminat tegar Red Velvet mencemuh laporan berita berkenaan kerana menganggap hal sebegitu yang sia-sia sahaja.

Mereka tetap mahu melihat artis kesayangan bersama sebagai sebuah kumpulan dengan lima orang ahli.

“Kenapa netizen Korea sangat toksik? Ya, saya memang tidak bersetuju dengan sikap Irene yang kurang ajar tetapi dia sudah minta maaf bukan?

“Diri kita pun kadang-kadang tidak terlepas daripada buat salah. Tetapi logiklah sikit. Kalian mahu sisih dia hanya kerana isu ini?” luah seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI