fbpx

Guru tari viral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Farees Mohd Asri

Baru-baru ini muncul sebuah video memaparkan seorang guru sedang rancak menari bersama sekumpulan anak muridnya.

Video tarian yang berlatar-belakangkan alunan lagu Bukan Cinta Biasa versi remix tersebut menarik perhatian ramai. Masing-masing terpegun melihat kehebatan dan kelembutan gaya tarian guru lelaki itu.

Netizen turut memuji guru itu kerana menggalakkan anak muridnya menari ‘bertemankan’ alunan lagu-lagu irama tradisional.

“Bagus cikgu ini, tidak dedahkan muridnya dengan lagu K-pop,” ciap seorang netizen dalam Twitter.

Difahamkan, lelaki bernama Muhamad Farees Mohd Asri, 23, dalam video tersebut merupakan seorang guru tari sambilan di sebuah sekolah di Nilai, Negeri Sembilan.

Sehingga hari ini, video tersebut telah mendapat 80,000 tontonan dalam Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI