fbpx

Tidak isytihar darurat, peguam saman kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Seorang peguam memfailkan saman terhadap kerajaan berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang enggan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat.

Saman pemula itu difailkan Syed Iskandar Syed Jaafar ,53, selaku plaintif menerusi Tetuan R.Kengadharan & Co. di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan menamakan kerajaan sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif antaranya menuntut untuk menentukan sama ada berdasarkan Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun Perdana Menteri atau Kabinet menasihatkan sebaliknya.

Plaintif juga menuntut untuk menentukan sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal-fasal (8) dan (9) adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.

Selain itu plaintif turut menyatakan bahawa parlimen tidak berhak untuk meminda Perkara 150 untuk menyingkirkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk memeriksa kesahihan suatu keputusan yang telah dibuat di bawah Perkara 150(1).

Pemindahan tersebut melanggari sepenuhnya (cut across) kuasa semakan kehakiman yang merupakan sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan Peraekutuan.

Pada 25 Oktober lalu, media melaporkan Yang di-Pertuan Agong bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Al-Sultan Abdullah bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dibuat Muhyiddin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini.

Baginda merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak Covid-19 ini dengan baik dan berkesan.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI