fbpx

Sukar pertimbang cadangan keluar KWSP – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin sempat berselfie dengan salah seorang ahli koperasi pada Majlis Perasmian Mesyuarat Koperasi Sungai Terap, Bukit Pasir, SMK Bukit Pasir, Muar hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

MUAR – Perdana Menteri menegaskan adalah sukar untuk Kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedar jika simpanan untuk hari tua itu dibenarkan dikeluarkan, ia akan memberikan masalah lebih besar pada masa depan.

“Saya hendak beritahu sukar kita pertimbangkan perkara itu, bukan sebab kita tidak mahu sedangkan tanpanya kita telah menyediakan bantuan berbililon-bilion ringgit, yang terakhir sekali tujuh bilion ringgit digunakan untuk membantu rakyat.

“Yang ada simpanan itu untuk simpanan masa hari tua, banyak orang hantar teks itu, teks ini (mesej) kepada saya ‘Tan Sri tolonglah kami susah’.

“Tetapi saya sedar, jika kita membenarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan EPF (KWSP) yang masih berbaki tidak tahu tinggal beberapa puluh ribu ringgit, ia akan mendatangkan masalah lebih besar lagi pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Koperasi Sungai Terap di Dewan Seri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir di sini hari ini.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Kerajaan agar pertimbangkan pencarum KWSP dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ dari akaun 1 masing-masing.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI