fbpx

Pelaksanaan PKSK ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan Empat di seluruh negara kepada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Sekolah) Adzman Talib berkata, sepatutnya pelaksanaan PKSK dijadualkan pada 2 November ini.

Beliau berkata, penangguhan itu dibuat susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dan Seremban, Negeri Sembilan sehingga 9 November ini.

“Penangguhan itu juga dibuat bagi melancarkan pengoperasian dan tadbir urus PKSK di seluruh negara.

“Tarikh baharu pelaksanaan ujian itu kelak akan turut mengambil kira situasi semasa Covid-19 di negara ini,” katanya.

Makluman penangguhan PKSK itu dinyatakan menerusi surat pekeliling yang diedarkan kepada semua pengarah pendidikan negeri, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Habibah Abdul Rahim memaklumkan, kira-kira 400,000 pelajar dijangka memohon untuk menduduki PKSK bagi tujuan penempatan ke lima jenis sekolah khusus seluruh negara.

Menurutnya, ia meliputi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Katanya lagi, PKSK bagaimanapun tidak akan membabitkan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kerana institusi itu mempunyai instrumen sendiri pemilihan murid iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

PKSK juga bukan bertujuan menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI