fbpx

Pencemaran Sungai Batang Benar: Hasil analisis sampel ialah sebatian organik ‘Dimethyl Disulfide’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Veerapan

SEREMBAN – Keputusan awal bagi analisis sampel yang diambil dari lokasi punca pencemaran Sungai Batang Benar, Nilai, mendapati ia merupakan sebatian organik jenis ‘Dimethyl Disulfide’.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan berkata, sebatian organik berkenaan kebiasaanya digunakan sebagai bahan tambahan dalam industri makanan dan juga digunakan sebagai bahan pemangkin dalam industri petrokimia.

Bagaimanapun menurutnya, bahan berkenaan mampu memberi kesan buruk kepada alam sekitar jika diuruskan tidak mengikut kaedah yang sebenar seperti kematian pokok dan tumbuh-tumbuhan.

“Keputusan ini diperoleh 24 Oktober lalu hasil daripada analisis ke atas lima sampel tanah yang diambil di sekitar belukar di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, yang menjadi punca pencemaran di sungai berkenaan.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah mengemukakan keputusan analisa kimia sampel tanah ke Bahagian Bahan Berbahaya Ibu Pejabat JAS bagi pengkelasan bahan yang dibuang berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini kes berkenaan yang telah mengakibatkan dua loji rawatan air iaitu di Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi di Selangor dihenti tugas.

Untuk rekod Pada 5 Okt lalu, Kementerian Alam Sekitar dan Air memaklumkan bahawa sejumlah bahan buangan dan bahan sebatian organik tersisa ditemukan di belukar di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, yang menjadi punca pencemaran di Sungai Batang Benar.

Susulan itu, tiga lelaki berumur 30-an hingga 40-an ditahan di Kota Bharu, Kelantan dengan dua daripadanya ditahan pada 6 Okt dan 12 Okt lepas, bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Berikutan pencemaran itu, ia telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan sejumlah 309,687 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI