fbpx

Peluang Hafizh pikat pasukan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH perlu mengutip lebih banyak mata dalam tiga GP terakhir bagi mencerahkan peluangnya menyertai mana-mana pasukan baharu musim depan. – ASPAR TEAM

PENGURUS kepada Hafizh Syahrin Abdullah iaitu Razmin Masli Abdul Razak menuntut pelumba Moto2 negara itu mengekalkan momemtum terbaik dalam baki tiga perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Meskipun pasukan baharu Hafizh tidak meletakkan sebarang syarat, namun Razmin berharap anak buahnya itu kekal dengan tunggangan positif agar dia terus berjaya mengutip mata sebelum berakhirnya saingan musim ini.

Masa depan Hafizh menjadi tanda tanya selepas Aspar Team mengesahkan khidmat pelumba Sepanyol, Albert Arenas dari pasukan Aspar Team Moto3 akan mewakili mereka dalam saingan Moto2 musim hadapan.

“Bagi saya, dia perlu masa untuk pulih semula selepas kemalangan yang teruk di Litar Red Bull Ring (16 Oktober lalu). Jadi saya amat berharap dia mampu buat terbaik dalam baki tiga pu­singan nanti,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ketika ditanya mengenai pasukan baharu Hafizh, Razmin menjelaskan, pihaknya dalam perbincangan akhir dan akan mengumumkan perkara ber­kenaan tidak lama lagi.

Hafizh, 26, berjaya mengutip tiga mata selepas menduduki tempat ke-13 daripada 23 pelumba pada Grand Prix (GP) Teruel di Litar Motorland, Sepanyol ming­gu lalu.

Meskipun berjaya meraih tiga mata, namun pelumba Aspar Team itu tetap jatuh ke kedudukan 20 dalam kedudukan ke­seluruhan Moto2 dengan 21 mata selepas 12 perlumbaan.

Kini, Hafizh perlu menampilkan prestasi lebih bertenaga dalam tiga Grand Prix (GP) ter­akhir iaitu GP Europa (8 November) dan GP Valencia (15 November) di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol serta GP Portugal di Litar Algarve, Portimao pada 22 November ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI