fbpx

Kes Covid-19 di Labuan dijangka bertambah susulan saringan besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Pola peningkatan kes Covid-19 di Labuan dijangka akan bertambah berikutan saringan bersasar secara besar-besaran oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) Labuan terutama di kawasan berpotensi wabak dengan purata saringan antara 1,500 ke 2,500 sehari.

Dalam tempoh kira-kira sebulan iaitu sejak 27 September sehingga hari ini, Labuan mencatatkan tambahan sejumlah 366 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 392 kes.

Sebelum itu, Labuan hanya mencatatkan 26 kes yang direkodkan sejak daripada permulaan pandemik Covid-19 sehingga 26 September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kadar pengesanan kes untuk keseluruhan Labuan adalah sekitar 1.5 peratus, manakala di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan antara 10 sehingga 15 peratus.

Beliau berkata, kapasiti terkini katil untuk pesakit Covid-19 di Labuan meningkat kepada 337 katil dengan 317 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah dan Hospital Labuan (20).

“Daripada 122 katil di Hospital Labuan, sebanyak 20 katil dikhususkan untuk pesakit kategori 4 dan 5, iaitu sebagai katil High Dependency Unit (HDU) dan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Wad Kelas Pertama dan Wad Kanak-kanak.

“Baki sebanyak 102 lagi katil Hospital Labuan iaitu termasuk lima katil ICU sedia ada akan terus digunakan untuk rawatan kes bukan Covid-19,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI