fbpx

Konvokesyen ke-20 UTHM secara maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Konvokesyen ke-20 UTHM akan diadakan secara maya 8 November ini.

BATU PAHAT – Berikutan peningkatan kes terbaharu Covid-19 di dalam negara, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan melaksanakan Majlis Konvokesyen ke-20 secara maya.

Menurut kenyataan Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporatnya, Istiadat Perisytiharan Penganugerahan Ijazah Sempena Majlis Konvokesyen ke- 20 dijadualkan berlangsung pada 8 November ini di Dewan Sultan Ibrahim, kampus induk UTHM.

“Kaedah penganjuran secara maya ini hanya melibatkan kehadiran pegawai kanan UTHM sahaja tanpa dihadiri deh graduan dan ibu bapa serta akan mematuhi tatacara pengendalian piawai (SOP) norma baharu yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Naib Canselor, Profesor Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly akan membuat perisyhtiharan penganugerahan dan seterusnya menyampaikan anugerah yang bakal disiarkan secara langsung di media sosial rasmi UTHM,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, penyampaian simbolik itu menandakan graduan UTHM telah dianugerahkan dengan ijazah masing-masing.

“Penyampajan anugerah hanya melibatkan penerima Anugerah Ijazah Kehomat, Anugerah Sultan Ibrahim dan Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang).

“Sijil dan transkrip akademik para graduan akan dihantar melalui pos mulai Disember 2020.

“Para graduan diminta untuk mengemas kini maklumat tertini dalam portal konvokesyen yang bdeh diakses oleh graduan mulai 12 November ini,” katanya.

Jelas kenyataan itu, sebarang keputusan akhir mengenai pelaksanaan istiadat ini adalah tertakluk kepada situasi semasa Covid-19 dan sebarang perubahan keputusan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI