fbpx

Penutupan SK Jalan Haji Baki dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tempoh penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Haji Baki di Kuching, Sarawak akan dilanjutkan sehingga 10 November depan.

Sekolah itu telah diarahkan tutup selama tujuh hari sebelum ini iaitu sejak 26 Oktober lalu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, penutupan sekolah itu selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Haji Baki yang akan berkuat kuasa esok.

“Selaras dengan pengumuman itu, KPM memutuskan sekolah SK Jalan Haji Baki yang telah diarahkan tutup pada 26 Oktober lalu selama tujuh hari akan dilanjutkan tempoh penutupan sehingga 10 November ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPM berkata, sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah diarah untuk memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI