fbpx

[VIDEO] Tunggu keputusan mesyuarat BN- Hishamuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin ketika ditemui pemberita di lobi PWTC hari ini.

KUALA LUMPUR- Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, sebarang spekulasi mengenai penarikan sokongan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap Perikatan Nasional (PN) hanya boleh diketahui selepas mesyuarat BN hari ini.

“Kami sedang membincangkan (perkara itu). Saya mahu mendengar daripada (mesyuarat) BN,” katanya ringkas ketika ditemui di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.

Ahli Parlimen Sembrong itu ditanya sama ada UMNO dan BN akan menarik sokongan kepada PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan susulan dakwaan beliau hilang kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen BN dilihat tiba di PWTC antaranya Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Sains, Teknogi dan Inovasi, Khairy Jamaludin dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Mesyuarat BN hari ini dijangka membincangkan mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah semalam yang menolak cadangan darurat yang dikemukan Kabinet. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI