fbpx

Remaja maut terbabas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa daripada keretanya dalam kemalangan di Jalan Haji Abdul Manan, Klang tengah malam tadi.

KLANG – Seorang remaja lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di Jalan Haji Abdul Manan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 18 tahun yang parah akibat tersepit meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa yang merupakan pekerja kilang di Persiaran Hamzah Alang tidak hadir bekerja bagi syif malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu sendirian kereta jenis Toyota Vios hilang kawalan ketika melalui persimpangan lampu isyarat di lokasi kejadian.

Katanya, kereta dipandu mangsa kemudiannya telah melanggar penghadang jalan raya sebelum terbabas ke dalam parit.

“Mangsa yang tersepit di bahagian pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor memberitahu, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari balai Bomba dan Penyelamat Kapar dikejarkan ke lokasi kejadian bagi misi mengeluarkan mangsa.

“Kita mengambil masa selama 15 minit sebelum mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan pemotong hidraulik,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI