fbpx

McGregor hormati keputusan Khabib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
"Salam hormat dan takziah sekali lagi kepada anda dan keluarga atas pemergian bapa. Yang benar, McGregors,"

ABU DHABI – Conor McGregor memberi penghormatan kepa­da seteru utamanya, Khabib Nurmagomedov selepas petinju kelahiran Rusia itu membuat kejutan apabila mengumumkan persaraan selepas meraih kemenangan ketika menumbangkan Justin Gaethje awal pagi semalam.

Pada aksi UFC 254 tersebut, Khabib muncul juara pada pusingan kedua dengan teknikal knockout selepas melakukan teknik kuncian triangle choke pada minit 1:34 ke atas Gaethje.

Ini merupakan kali ketiga Khabib mempertahankan ge­laran lightweight yang disandangnya. Kali pertama beliau mempertahankan kejuaraan tersebut ialah Oktober 2018 selepas menewaskan McGregor dalam aksi UFC 229.

Kemenangan itu diteruskan apabila beliau kemudiannya menewaskan Dustin Poirier pada September tahun lalu dalam saingan UFC 242.

“Saya akan meneruskan perjuangan ini. Salam hormat dan takziah sekali lagi kepada anda dan keluarga atas pemergian bapa. Yang benar, McGregors,” tulisnya dalam laman Twitter.

Selain McGregor, beberapa bintang sukan tempur lain turut memberi reaksi mengenai persaraan Khabib di Twitter antaranya Manny Pacquiao.

Bapa Khabib yang juga jurulatihnya, Abdulmanap Nurmagomedov, 57, meninggal dunia selepas mengalami komplikasi akibat Covid-19 Julai lalu.

Keadaan itu menyebabkan Khabib enggan turun ke gelanggang semula dan menunaikan janji kepada ibunya yang tidak mahu dia bertarung tanpa kehadiran ayahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI