fbpx

Ular sawa ‘tidur’ dalam rak kasut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berjaya menangkap seekor ular sawa yang ditemui di dalam rak kasut di sebuah rumah di Taman Desa Skudai, Skudai di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Sebuah keluarga dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa sepanjang 1.5 meter di hadapan rumahnya di Jalan Sejahtera 9, Taman Desa Skudai, Skudai, di sini hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Faisal Ismail berkata, kehadiran haiwan reptilia itu disedari oleh abang kepada pengadu selepas pulang daripada berniaga sebelum pengadu bertindak menghubungi pusat gerakan operasi negeri pada pukul 7.23 pagi.

Katanya, sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dikejarkan ke tempat kejadian dengan kekuatan 11 anggota sejurus panggilan kecemasan menangkap ular diterima.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seekor ular sawa berukuran 1.5 meter berada di dalam rak kasut di hadapan rumah berkenaan.

“Tindakan operasi menangkap ular tersebut dilakukan dengan menggunakan penjerut binatang dan berjaya diselesaikan dalam tempoh kira-kira lima minit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Faisal berkata, ular tersebut kemudiannya dilepaskan di kawasan hutan yang jauh dari kawasan kediaman penduduk.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI