fbpx

Saya tak pernah umum sudah berhijab – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA SANDHA

KUALA LUMPUR – Pelakon Fasha Sandha semalam tampil menjelaskan kekeliruan peminatnya mengenai penampilannya yang dikatakan sudah memakai tudung.

Fasha, 36, berkata, dia mula mengenakan hijab sejak Ramadan tahun lalu dan ia merupakan satu bentuk proses pembelajaran ke arah yang lebih baik.

“Saya tidak pernah cakap saya sudah bertudung sepenuhnya. Sama juga seperti beberapa selebriti lain yang berhijab semasa bulan Ramadan.

“Begitu juga dengan saya, perlahan-lahan belajar. Bukan untuk memenuhi kehendak netizen atau trend, tetapi kerana diri sendiri.

“Saya belajar. Alhamdulillah ada orang komen tentang isu ini. Terima kasih sebab mendoakan saya yang baik-baik. Amin, doakan saya ya,” katanya membalas komen seorang peminat di laman Instagramnya.

Isteri kepada Aidil Aziz itu membuat penjelasan selepas menerima banyak maklum balas daripada peminatnya yang bertanyakan tentang imejnya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram semalam.

Dalam hantaran itu, ibu tiga anak tersebut memuat naik vi­deo yang memaparkan dia dan Aidil menari berlatar belakangkan lagu viral Kopi Dangdut.

Sebelum ini, pelakon drama Semua Salahku itu tampil bertudung sepanjang Ramadan tahun lalu demi me­nyahut cabaran #hijab30 bagi menghormati kemuliaan bulan berkenaan.

Fasha dilihat turut memakai tudung semasa Ramadan tahun ini semasa sarat hamil Aisha Amaira yang kini berusia dua bulan hasil perkahwinan bersama Aidil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI