fbpx

‘Saya sudah janji dengan ibu’ – Khabib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khabib mengumumkan persaraan untuk mengotakan janji terhadap ibunya. - AFP

ABU DHABI – Jaguh tinju dunia, Khabib Nurmagomedov membuat kejutan apabila mengumumkan persaraan semalam selepas mendedahkan dia berjanji kepada ibunya pertarungan dengan Justin Gaethje merupakan yang terakhir.

Pertarungan tersebut yang menyaksikan petinju Rusia itu memenangi perlawanan dengan teknikal knockout di pusingan kedua, merupakan aksi pertamanya selepas kematian bapa merangkap jurulatihnya, Abdulmanap.

Bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov, 57, meninggal dunia selepas mengalami komplikasi akibat Covid-19 Julai lalu.

“Saya adalah juara tanpa kalah yang tidak boleh dipertikaikan lagi dengan rekod kemenangan 13-0 (UFC) dan 29-0 dalam semua karier profesional MMA saya.

“Ibu tidak mahu saya berlawan tanpa kehadiran ayah dan saya berjanji kepada beliau, ini adalah pertarungan terakhir. Saya telah tunaikannya,” kata Khabib usai perlawanan tersebut.

Sementara itu, seteru lama Khabib, Conor McGregor yang tewas kepadanya pada 2018 merupakan antara yang pertama mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet berusia 32 tahun itu.

“Saya akan meneruskan perjuangan ini. Salam hormat dan takziah sekali lagi kepada anda dan keluarga atas pemergian bapa. Yang benar, McGregors,” tulisnya dalam laman Twitter. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI