fbpx

Pelajar tingkatan empat maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta yang merempuh mangsa remuk teruk.

GUA MUSANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang, mangsa, Mohamad Iskandar Zulkarnain Muhamad, 16, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Sementara itu, pemandu kereta jenis Audi S4, Muhamad Faris Riffin, 29, mengalami luka di bahagian tangan dan sakit badan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang berasal dari Felda Chiku 2 di sini menunggang motosikal dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.

Katanya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai membelok ke sebelah kanan jalan untuk masuk simpang Felda Chiku 2.

“Bagaimanapun, sebuah kereta jenis Audi S4 yang berada di laluan sama tidak sempat mengelak kerana jarak motosikal mangsa berada terlalu dekat dengan kereta berkenaan.

“Insiden itu menyebabkan kereta tersebut merempuh motosikal mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Taufik, mangsa disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah pada keseluruhan anggota badan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak memakai topi keledar dan tiada lesen menunggang motosikal sewaktu kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengkebumian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI