fbpx

Dua sekolah agama diarah tutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tosrin

JOHOR BAHRU – Dua buah Sekolah Agama (SA) kelolaan kerajaan negeri di sini diarah tutup sementara bermula hari ini hingga 31 Oktober atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, dua SA tersebut adalah SA Taman Cempaka dan SA Kempas.

Katanya, penutupan dua buah SA berkenaan melibatkan seramai 2,862 murid.

“Punca penutupan SA Taman Cempaka adalah kerana ibu kepada seorang pelajar darjah khas sekolah berkenaan disahkan positif Covid-19.

“Ujian swab ke atas murid telah dilakukan dan kini sedang menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Tosrin lagi, penutupan dua buah SA itu turut melibatkan seramai 43 tenaga pengajar.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Aman Rabu berkata, Klinik Kesihatan (KK) Kempas yang diarahkan tutup pada Jumaat lalu telah kembali beroperasi bermula hari ini.

“KK Kempas akan dibuka esok (Ahad) selepas menjalani proses sanitasi pada hari Jumaat,” katanya kepada pemberita ketika ditanya berhubung perkembangan terkini klinik berkenaan.

Klinik kesihatan berkenaan sebelum ini dilaporkan ditutup kerana salah seorang kakitangannya dilaporkan positif Covid-19.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI