fbpx

Anggap harga mahal, Sheila Mambo terpaksa cuci pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEILA mengakui dirinya terpaksa mencuci pelitup muka pakai buang kerana ingin berjimat-cermat.

KUALA LUMPUR – Ekoran mahu berjimat cermat, pelakon Sheila Mambo mendedahkan sering mencuci semula pelitup muka pakai buang yang sudah digunakan.

Sheila atau nama sebenarnya, Rusilawati Hasan, 57, berkata, dia terpaksa melakukan perkara tersebut kerana tidak mampu menanggung kos pembelian pelitup muka yang dianggap mahal.

Akuinya, dia akan mencuci pelitup muka sekiranya aksesori wajib musim Covid-19 tersebut digunakan kurang daripada dua jam.

HANTARAN Instagram yang dimuat naik Sheila menunjukkan cara-cara dia mencuci pelitup muka.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan guna pelitup muka paling lama hanya dua jam. Saya hanya akan basuh jika pelitup muka saya itu digunakan kurang daripada dua jam atau kurang bertemu dengan orang ramai.

“Jika pelitup muka itu digunakan kurang daripada dua jam dan kurang bertemu dengan orang ramai, saya akan basuh, jemur dan keringkan kalau masih elok serta tidak keluar bulu-bulu kapas,” katanya dalam satu hantaran menerusi Instagramnya semalam.

Pelakon drama Korban Kasih itu bagaimanapun mengakui, tindakannya bertentangan dengan saranan KKM namun terpaksa dilakukan kerana menganggap pelitup muka kini dijual pada harga yang mahal.

“Faham-fahamlah, pelitup muka bukannya murah tetapi seelok-eloknya kita basuh dengan sabun, guna tapak tangan dan gosok manja-manja sahaja.

“Selepas jemur, sudah boleh pakai. Saya hanya buat sekali sahaja, lepas itu buang dan guna yang baharu.

“Siapa macam saya? Bukan kedekut tetapi berjimat. Cuba uji lepas basuh dan kering kemudian letak air. Kalau air tidak tembus, masih elok diguna pakai,” katanya lagi.

Dalam entri tersebut, Sheila turut memuat naik video bagi menunjukkan cara-cara membasuh pelitup muka pakai buang yang dilakukannya sebelum ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN