fbpx

Sampel astroid NASA bakal hilang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah video menunjukkan kapal angkasa robotik Osiris-Rex mengambil sampel dari asteroid Bennu baru-baru ini. - AFP/NASA TV

WASHINGTON DC – Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS) sedang giat menjalankan usaha menyelamatkan serpihan sampel batuan yang diperolehi daripada asteroid Bennu beberapa hari lalu.

Ketua Misi, Dante Lauretta berkata, kumpulan yang bertanggungjawab memantau kapal angkasa itu kini sedang berusaha mencari jalan untuk menyimpan baki sampel batuan sebelum ia dibawa pulang ke Bumi untuk kajian selanjutnya.

“Sebahagian besar daripada sampel itu dilihat terkeluar daripada kotak penyimpanan kapal angkasa Osiris-Rex.

“Kami mengesyaki ia disebabkan penutupnya terbuka sedikit akibat terdapat sampel batu yang lebih besar tersekat di situ sekali gus mengakibatkan kebocoran,” katanya.

Tambah Lauretta, Osiris-Rex dijadualkan mendarat di Bumi pada September 2023 dan pihaknya mengharap ia akan membawa pulang sampel terbesar pernah diperoleh sejak era penjelajahan roket Apollo.

“Kapal angkasa itu dianggarkan telah mengambil sejumlah 400 gram sampel iaitu jauh lebih banyak daripada kuantiti yang diperlukan sebanyak 60 gram.

“Misi sekarang ialah untuk mengurangkan sebanyak mungkin pergerakan kapal angkasa itu dan bersedia menyimpan bahan tersebut ke dalam sebuah kapsul secepat mungkin,” ujarnya.

Walaupun jumlah kebocoran sebenar masih belum diketahui, namun pakar yakin keseluruhan sampel itu tidak akan hilang begitu sahaja. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI