fbpx

Kesebelasan ‘kedua’ Spurs cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUCAS Moura membuka tirai jaringan buat Spurs ketika mereka mudah menundukkan Linz awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho memuji kekuatan yang dipamerkan oleh para pemainnya biarpun beliau membuat keputusan melakukan rombakan besar ke atas skuad­nya ketika mencatat kemena­ngan 3-0 ke atas LASK Linz awal pagi semalam.

Hanya tiga pemain sahaja pemain utama yang diturunkan iaitu Davinson Sanchez, Ben Da­­vies dan Sergio Reguilon mengekalkan posisi mereka ketika Spurs terikat 3-3 menentang West Ham United.

Biarpun menurunkan ramai pemain simpanan dalam ke­se­belasan utama, Spurs berjaya mendahului perlawanan dengan dua gol pada separuh masa pertama sebelum melengkapkan gol ketiga enam minit sebelum perlawanan berakhir.

“Saya sangat gembira dengan aksi yang dipamerkan. Kami meletakkan kepercayaan kepada semua pemain termasuk barisan pemain simpanan kerana mereka sentiasa bekerja keras dan ber­sedia untuk diturunkan.

“Biasanya saya tidak akan mempertaruhkan pemain simpa­nan pada aksi pertama terutama di laman sendiri kerana mahu memastikan tiga mata penuh di­peroleh tetapi saya sangat mempercayai pemain ini dan mereka membalasnya.

“Ia bukanlah aksi yang menak­jubkan tetapi ia persembahan yang cukup baik,” katanya.

Pada aksi berkenaan, Mourin­ho hanya memasukkan pe­main utamanya, Son Heung-min, Dele Alli dan Giovani Lo Celso pada separuh masa kedua.

Biarpun sedar keputusannya itu mengecewakan ramai pemain, Mourinho enggan mengambil ri­siko menurunkan kesebelasan terkuatnya kerana bimbang de­ngan masalah kecederaan.

“Mereka sentiasa berjuang te­tapi tidak semua pemain akan diturunkan. Musim lalu saya kehilangan ramai pemain di bahagian serangan kerana masalah kecederaan.

“Musim ini kami perlu uruskan pemain dengan sebaik mungkin supaya masalah seperti itu tidak berulang,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI