fbpx

710 kes baharu, 10 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Sebanyak 710 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif di seluruh negara sebanyak 24,514 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, hanya satu kes import melibatkan warga asing yang memasuki Malaysia dari Nepal.

“Jumlah kes hari ini turut disumbangkan daripada tiga kluster baharu iaitu Kluster Samudera di Sandakan, Sabah; Kluster Palma di Gombak dan Hulu Selangor, Selangor dan Kepong, Kuala Lumpur serta Kluster Jaya di Sepang dan Seremban, Negeri Sembilan.

“Sehingga kini terdapat 90 kes positif dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 28 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, terdapat 10 lagi kes kematian baharu menjadikan sebanyak 214 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaoporkan.

Tambah beliau, kes kematian itu dilaporkan di Sabah, Kedah dan Labuan membabitkan mangsa berusia antara 33 hingga 77 tahun dan ada daripada mereka mengidap pelbagai penyakit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI